photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Artikel


BAKA ARNAB
Baka arnab dibahagikan kepada 3 iaitu baka pendaging,baka bulu dan baka hiasan.
Baka pedaging telah dibiakkan atas ciri pertumbuhan dan capaian saiz yang cepat, meat ratio yang tinggi, tahap kesuburan yang tinggi. contohnya New Zealand White, California, American Giant Chincilla.
Baka bulu pula adalah baka yang dihasilkan atas tujuan untuk mendapatkan “wool” atau “pelt”. Antara baka yang terhasil ialah Giant Angora yang dapat menghasilkan wool yang byk sepanjang tahun & Rex yang menghasilkan pelt seakan baldu.
Baka hiasan kurang sesuai dijadikan pedaging kerana capaian saiz yang lambat, bone ratio yg tinggi, lambat matang. Antara baka pet yang kita ketahui ialah Netherland Dwarf, Holland Lop, Thrianta, Lionhead etc.

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL

1. SISTEM PENGELUARAN

BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?


Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-

1. Unit pembiakan baka.

Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tuai.

2. Unit pengeluaran daging.

Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.

Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.



APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?


Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:

1. New Zealand White.
2. Calfornian.
3. Carolina.
4. New Simonare.
5. Sepanyol.



APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?

Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.

Pemillhan baka pedaging biasanya diimport kerana berapa ciri pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan, seperti:

1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.


DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?


Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Peranchis.

Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus.


BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING


1.Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
2.Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
3.Untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.


APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?


Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:

1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
2. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti ternakan/ ternakan lain.
3. Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
4. Peredaran udara yang baik dan memuaskan.
5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.


APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?


Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

1. Sehektar kawasan hendaklah bersih
2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak)     dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
5. Tanamkan arnab yang mati dalam lubang yang jauh dari reban .
6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
7. Jika berlaku kematian yang mengejut dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.



MENYIMPAN REKOD

APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?


Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:

1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
3. Untuk memudahkan program pembiakan.
4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.



MAKANAN UTAMA

DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?


Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentuk pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan panjang 2-3 sm.

Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.



CARA PEMBERIAN MAKANAN

ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?


Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkali kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh itu pilihlah jenama dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kerap kali, apabila berlaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.

Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.


MAKANAN TAMBAHAN

ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?


Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.

Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.

Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada arnab.

Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.

Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.

PEMBIAKAN

BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?


Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.

Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.

Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.




KEKERAPAN MENGAWAN

BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?


Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.

Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.


KAHWIN SELANJUTNYA

BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?

Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.

Dalam penternakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.


MENINGGIKAN KEBERNASAN

BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?


Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan  5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.


TEMPOH BUNTING

BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?


Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.

Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.

Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

BUNTING PALSU

BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?


Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

ANAK ARNAB

BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?


Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.

Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.


MASA MENYUSU ANAK

BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?


lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

IBU ANGKAT

APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?


Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.

Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.

Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.

Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

CERAI SUSU

BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?


Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak arnab berumur 1 bulan.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa kesemasa.

Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi.


TEKNIK MENYUSU ARNAB  SECARA MANUAL
Salah satu teknik menyusukan anak arnab kalau ibunya tak mau menyusukan..
- arnab takut tinggi
- lebih cepat dan mudah
Cara ini sesuai digunakan kerana, arnab (merujuk kepada ibu arnab) takut kepada tempat tinggi. Apabila tiada pilihan lain untuk melarikan diri, ia akan menyusukan anaknya.
Tapi, jika kita lihat pada gambar ini..pendapat saya anak arnab yang telah celik matanya biasanya tidak sukar untuk menyusukan manual kerana anak arnab itu  apabila lapar akan mencari ibunya dan menyusu.
Biasanya teknik menyusukan manual ini perlu dilakukan pada kelahiran pertama,  kerana ibu arnab tiada pengalaman untuk menyusukan. Anak arnab sebaik sahaja kelahiran, akan secara automatik minum susu ibunya.
Kaedah susu manual ini, dilakukan 2x sehari sahaja, iaitu awal pagi dan awal malam.

PENENTUAN JANTINA




Jantan
Betina
 

BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?

Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

HASIL SAMPINGAN

KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?


Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).

Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:

1. Glu (gam)
2. Baja (baja kompos)

CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB

BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?


Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.

Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.

Sebelum menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehlah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.

Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,

1. buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.

Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.


WAKTU BERSARA BAGI ARNAB
Seawal usia arnab matang, biasanya usia 6 bulan ke atas ia boleh digunakan untuk tujuan penternakan (breeding). Tempoh bunting ialah 28-30 hari. Tempoh menyusukan anak ialah 5-8 minggu. Selepas tempoh itu, arnab bolehlah dimengawankan semula. Arnab yang sememangnya digunakan untuk tujuan penternakan, akan sentiasa bersedia untuk beranak dan menyusukan anak.
Jangka hayat purata bagi seekor arnab ialah 5 tahun, tetapi jika dijaga dengan baik boleh menjangkau sehingga 10 tahun.
Induk arnab saya, masing-masing telah mencecah usia 2 tahun lebih dan masih sihat,aktif dan produktif melahir,menjaga dan menyusukan anak. Tapi, arnab saya masing-masing da pandai demand nak alfalfa hay,sayur segar bila time bunting dan menyusukan anak. Apa yang saya perhatikan, apabila ibu arnab diberikan pemakanan yang seimbang dan sihat, anak-anaknya membesar dengan sihat. Jumlah kematian anak arnab dapat dikurangkan.
Isunya di sini, adakah arnab yang berusia 2 tahun sudah tua? atau ada yang mengatakan menopause? Sebenarnya istilah menopause ini tidak sesuai digunakan untuk arnab kerana hanya manusia wanita sahaja yang mengalami kitar haid. Arnab pula akan berovulasi selepas dimengawankan.
Bagi arnab yang masih produktif, tidak perlulah anda menyekat usianya bagi proses penternakan. Ketika usia arnab jantan berusia 5 tahun ia akan mula menunjukkan ciri-ciri kurang produktif, yang mana usia ini jika dibandingkan dengan manusia berusia 45 tahun.
Bagi arnab betina pula, pada usia 4 tahun, menyamai umur manusia 40 tahun. Waktu tempoh inilah anda perlu memberhentikan proses penternakan, kerana waktu ini arnab anda sudah agak tua untuk beranak, menyusu dan menjaga anaknya.
Apabila anda lihat arnab telah mula lemah, menolak apabila dimengawankan seharusnya anda tidak memaksanya untuk tujuan penternakan.

Sumber : http://arnabcute.com/

EM4 , EFFECTIVE MIKROORGANISMA


EM-4, effective mikroorganisme ialah mikroorganisma yang terdiri daripada organisma Lactobacillus sp.bakteria pengeluar asid laktat, serta dalam jumlah yang sedikit bakteria fotosintetik Streptomyces sp. dan ragi.
APLIKASI kepada
  • pertanian,
  • perternakan,
  • perladangan dan
  • penghasilan baja kompos
FUNGSI UTAMA :
  • mengurangkan bau busuk,
  • menghalau kedatangan serangga seperti lalat, semut etc
  • arnab / ternakan menjadi lebih sihat, cergas dan bulunya akan tumbuh cantik
SUKATAN EM-4 : -
Air minuman haiwan – 1:200, Atau untuk lebih mudah, 7.5ml Em-4 : 1.5 liter air.
Semburan kandang / reban ternakan – 1:50 -100
FUNGSI LAIN :
  • untuk tanaman cendawan,
  • rawatan biji benih,
  • rawatan bau,
  • semburan tanaman,
  • rumah kaca / tanaman pasu,
  • hidupan air / ikan (kolam) etc
  • meningkatkan dekomposisi sisa dan sampah organik,
  • meningkatkan kandungan nutrisi tanaman
  • menghapuskan serangga perosak dan mikroorganisma patogen
  • mempercepat pengomposan sampah organik atau kotoran haiwan,
  • membersihkan air sisa,
  • meningkatkan kualiti air pada kolam udang dan ikan
  • meningkatkan kesihatan, pertumbuhan, kuantiti dan kualiti pengeluaran tanaman/ternakan secara berterusan.
 * EM-4 wujud daripada EM-1, bahan aktif yang sedia digunakan daripada larutan bahan penapaian.
** Untuk pastikan samada EM-4 masih elok atau tidak, pastikan baunya berbau masam-masam manis..baunya seumpama buah kerana EM-4 ini dibuat daripada buah. Jika disimpan dengan baik, iaitu EM-4 disimpan di tempat yang tidak mempunyai haba yang tinggi dan tidak bergoyang..ia boleh tahan sehingga 2 bulan. Jika EM-4 anda berbau busuk seperti telur busuk atau hanyir, maknanya EM-4 tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Jawapnya, buang sahajalah ke dalam longkang..
MANFAAT EM-4
  • Memperbaiki sifat fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • Meningkatkan ketersediaan nutrisi tanaman, serta menekan aktiviti serangga perosak dan mikroorganisma patogen.
  • Meningkatkan dan menjaga kestabilan pengeluaran tanaman dan menjaga kestabilan pengeluaran.
  • Mempercepat proses fermentasi pada pembuatan Kompos. Kompos yang dibuat dengan teknologi EM disebut dengan bokashi.
  • Memperbaiki komposisi dan jumlah mikroorganisme pada perut ternakan sehingga pertumbuhan dan pengeluaran ternakan meningkat.
APLIKASI EM-4 DI BIDANG PETERNAKAN
  • Mengurangkan pencemaran bau khususnya pada kandang ternakan dan lingkungan sekitarnya.
  • Mengurangkan stress pada ternakan
  • Menyihatkan ternakan
  • Menyeimbangkan mikroorganisma di dalam perut ternakan
  • Meningkatkan nafsu makan ternak
  • Menekan penyakit pada ternakan
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ternakan
Dipek setiap 1 liter

BENIH ULAM RAJA

Nama Tempatan : Ulam Raja
Nama Saintifik : Cosmos caudatus
Nama Lain : King salad, Intan Berayun
Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai pokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
KHASIAT
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
Selain daripada amat berkhasiat kepada manusia, fungsinya atau kesannya terhadap arnab amat baik sekali. Saya memberi arnab saya makan ulam raja dan saya dapati kesemua arnab saya yang sakit, akan cepat sembuh..contohnya, dahulu arnab saya pernah mengalami bengkak susu, sembuh..demam/selesema juga sembuh..Arnab nampak lebih sihat dan cergas. Sememangnya ulam raja ialah pilihan utama arnab saya berbanding dengan pellet. Mereka akan berebut-rebut makan ulam raja nie. Nampak macam sedap sungguh!
Jangan berasa pelik apabila melihat warna air kencing arnab anda berubah selepas memberi arnab anda makan ulam raja ini. Warna air kencing arnab akan berwarna coklat. Jadi, jangan risaulah.


MASALAH GIGI ARNAB - MALOCCLUSION

Malocclusion – gigi arnab tumbuh memanjang menyebabkan arnab menghadapi kesukaran untuk makan dan minum.
Arnab merupakan haiwan herbivor (makan tumbuh-tumbuhan), giginya sentiasa tumbuh berterusan sepanjang hidupnya. Arnab liar di dalam hutan, makan makanan daripada sumber tumbuhan seperti daun,batang yang agak keras.
Arnab ternakan atau yang dijadikan haiwan peliharaan berisiko mendapat penyakit malocclusion ini kerana kita biasanya memberi arnab makan pellet dan sayuran yang tidak memerlukan arnab mengunyah dengan kuat. Sekiranya anda memberi diet arnab seimbang iaitu kaya dengan protein & fiber (sumber biasanya daripada hay, alfalfa,timothy,oat etc), masalah ini dapat di atasi.
Tanda-tanda malocclusion
  • Tiada tanda langsung!
  • Arnab hilang selera,semakin kurus
  • Terdapat air liur di bawah mulut,dagu atau kaki depan
  • Sukar mengunyah benda keras
  • Nafas berbau
 Terdapat juga segolongan arnab yang dilahirkan dengan keadaan gigi yang tidak baik. Arnab yang menghadapi masalah ini memerlukan penjagaan berterusan. Gigi yang dipotong akan kembali tumbuh memanjang. Tindakan sebaiknya yang perlu anda lakukan ialah memberi arnab makan fiber yang tinggi, chew toys, kayu atau sesuatu yang keras untuk mengasah/mematahkan gigi yang panjang itu.
Apa yang saya lakukan sekiranya arnab menghadapi masalah gigi panjang ini, (pada peringkat awal dapat dirawat…jika lewat sangat, saya cadangkan sembelih atau euthanasia jer la)..saya memberi arnab saya makan batang-batang napier India yang agak sederhana keras..dan ianya amat berkesan, gigi arnab yang memanjang akan patah..arnab pun jadi mudah nak makan.
Ada juga yang memberitahu saya, masalah malocclusion ini berlaku kerana gangguan genetik, arnab dikahwinkan dengan yang ada pertalian darah..contoh, ibu dengan anak, adik-beradik, bapa dengan anak.
Arnab malocclusion ini tidak sesuai dan tidak digalakkan bagi tujuan breeding kerana gen masalah gigi panjang ini akan diwarisi keturunan berikutnya.

JENIS-JENIS TAHI (POOP) ARNAB
Kebiasaannya ada dua jenis tahi arnab yang biasa dilihati iaitu ‘fecal‘ berbentuk bulat,kering,tidak berbau. Arnab tidak akan memakan semula tahi ini.

Cecotrope, tahi agak lembut biasanya berbentuk seperti gugusan anggur (lihat gambar di atas) mengandungi bakteria baik. Arnab kadangkala akan memakan semula tahi ini. Tahi seperti ini amat diperlukan khasiatnya bagi anak-anak arnab.
Kadangkala juga terdapat situasi seperti yang saya nyatakan di bawah :-
String Poop – tahi berangkai , terjadi apabila arnab secara tidak sengaja atau tidak termakan bulunya sendiri. Atau ertikata lain hair balls. Cara untuk mengatasinya ialah dengan memberi arnab makan betik, nenas (jus atau buah),hay. Atau boleh memberi papaya tablet (Oxbow Papaya Tablets) atau cuba Chewable Papaya 


PENYAKIT KURAP
 
Arnab ini disuntik dengan Dectomax…selepas seminggu anda akan dapat lihat perubahannya..untuk permulaan kurap anda bole menyapukan minyak zaitun,minyak gamat,atau minyak goreng ikan ke tempat yang dijangkiti kurap tersebut.
Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk ternakan.

KHIDMAT NASIHAT

DIMANAKAH BOLEH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PENTERNAKAN ARNAB SECARA KOMERSIAL ?


Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Ataupun menghubungi terus ke lbu Pejabat Perkhidmatan Haiwan seperti alamat di bawah:


IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN,
TINGKAT 8 & 9, BLOK A,
WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN,
BUKIT DAMANSARA,
50630 KUALA LUMPUR.

[u.p: UNIT PEDAGING (ARNAB)
TEL: 03-2540077
SAMBUNGAN: 144 dan 145


PENYAKIT - PENYAKIT ARNAB

Cirit Birit

Malocclusion
Masalah Najis
Kutu

Sumber : sila rujuk di http://lazzybunny.wordpress.com/category/penyakit-arnab/

Chat Kat Sini