Diharuskan Memakan Daging Arnab
عن أنس بن مالك قال
"مررنا فاستنفجنا أرنبا بمر الظهران فسعوا عليه فلغبوا قال فسعيت حتى أدركتها فأتيت بها أبا طلحة فذبحها فبعث بوركها وفخذيها إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فأتيت بها رسول الله صلى الله عليه وسلم فقبله"

TERJEMAHAN HADITH
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: “Ketika kami berjalan melalui Daerah Az-Zahran tiba-tiba kami dikejutkan oleh seekor arnab lalu kami mengejarnya sehingga penat. Katanya lagi: Aku telah mengejarnya sehingga dapat menangkapnya. Aku pun membawanya kepada Abu Talhah lalu beliau menyembelihnya. Beliau mengirimkan kaki dan kedua pahanya kepada Rasulullah s.a.w lalu aku pun membawanya kepada Rasulullah s.a.w dan baginda menerimanya.”
PEMAHAMAN HADIS
Melalui sahih Muslim, menurut Imam Nawawi ialah apa yang dimaksudkan (Kami dikejutkan oleh seekor arnab lalu kami mengejarnya sehingga penat) di mana makna kami dikejutkan (استنفجنا) ialah bermaksud kami menangkap dan kami mengejar. Manakala Daerah Al-Zahran, mim dan zho (م) dan(ظ) yang berbaris atas adalah satu tempat yang berdekatan atau berhampiran dengan Mekah.
Menurut beliau lagi, ( فلغبوا ) ghin (غ) berbaris atas di dalam (اللغة الفصيحة المشهورة), dan ghin berbaris bawah dalam bahasa yang dhaif (لغة ضعيفة ). Ini diceritakan oleh Al-Jauhari dan yang lain.

Menurut Imam Malik, Abu Hanifah, Syafi’e, Ahmad dan Ulama kesemuanya memakan arnab adalah halal, kecuali apa yang diceritakan ( hikayat) daripada Abdullah bin Amru bin ‘Aas dan Ibn Abi Laila, kedua-duanya mengatakan makruh memakannya.
Oleh itu, melalui dalil Jumhur yang seperti hadis di atas, tidak sabit larangan memakannya (arnab). Dapatlah kita simpulkan bahawa tiada larangan memakan daging arnab.