photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Makanan Arnab

Makanan-makanan yang disyorkan:

Pallet :
Gold Coin pelet untuk arnab. Harga pasaran untuk 25kg antara RM40 - RM45 Boleh didapati di kebanyakan kedai.

Sukatan pelet yang dicadangkan:

Berat Arnab
Dalam Pounds


1 Tahun Kebawah
( Tahap Pembesaran )

1 Tahun keatas
( Arnab Matang)

1-3
Tanpa Had
1/8 cawan
4-7
Tanpa Had
¼ ke 1/3 cawan
8-10
Tanpa Had
1/3 ke ½  cawan
10+
Tanpa Had
¾  cawan


Bentuk Pelet
Kandungan Khasiat
Lokasi Pengilangan
Lebih lanjut mengenai jenama Gold Coin tekan disini

......................................................................................................................................

Hay :
Alfalfa @ Timothy Hay (rumput kering) diimport dari Amerika. Sangat berkhasiat terutama bagi anak-anak arnab berusia 4 minggu kebawah. Sesuai untuk semua jenis arnab. Boleh didapati di kedai-kedai haiwan. Harga sekilo antara RM12-RM14. Hay yang baik adalah berwarna hijau gelap, berbau harum dan juga kurang habuk.

Alfalfa adalah sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil. Alfalfa mempunyai akar yang dalam sekurang-kurangnya 30 meter ke bawah tanah. Dengan itu, tumbuhan tersebut dapat menyerap kekayaan dalam tanah seperti: Selenium, Silicon, tin, zink dan galian seperti potasium, prosperos, gangsa, kobalt, kromium, kalsium, mangan, magnesium, besi dengan alfa dan beta karotin, kabohidrat, protien, vitamen A, C, D, E, F dan B komplek, Fibrin dan sedikit lemak. Ia juga mengandungi 8 keperluan asid amino.Alfalfa adalah tumbuhan di dunia yang mempunyai paling banyak alkali. Alkali ini menolong mengimbangkan asid bisa dalam badan. Protien yang terkandung dalam alfalfa adalah 18.9% berbanding dengan daging lembu 16.5%, susu 3.3% dan telur 13.1%.

Sumber : Arnabcute




......................................................................................................................................


Rumput :
Rumput Napier India dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan. Peratus kandungan protein pada daun dan batang Napier India  ialah 20.3% jauh lebih tinggi berbanding Napier Taiwan iaitu hanya 10-13% sahaja. Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang. 





......................................................................................................................................


Daun :

Asystasia gangetica (dau/rumput israel) , mengandungi Crude Protein yang tinggi berbanding rumput- rumput lain.Boleh juga untuk merawat masalah batin arnab, seperti menyuburkan peranakan arnab agar, sering beranak-pinak .






Chat Kat Sini