Bahagian anggota arnab
Arnab merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.
Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari bahasa Arab, iaitu arnab (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab". Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972. Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.
Fakta-Fakta :
- Nama saintifik arnab ialah : Oryctolagus spp.
- Susur-Galur(Pedigree) Arnab ialah: dari jenis haiwan Filum Chordata dalam kelas mamalia dalam susunan Lagomorpha
- Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan- jadi berpuasa sebelum apa apa rawatan adalah tidak perlu
- Arnab tidak berpeluh. Arnab hanya berpeluh di satu bahagian sahaja iaitu tapak kaki.
- Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga
- Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk
- Arnab mempunyai 28 btg gigi yg sentiasa tumbuh
- Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA
- Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku - 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan
- Terdapat 5 warna mata yang dilulusakan oleh ARBA – Pink , Marble, Blue,Blue-Grey and Brown
- Arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh. Aktif terutama 6 - 7 petang.
- Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang
- Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19tahun pada masa ia mati
- Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds
- Terdapat 150 jenis warna arnab.
- Arnab mempunyai 3 deria bau: dubur, dagu dan hidung.
- Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya
- Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya
- Arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama
- Arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.
- Arnab bukan jenis haiwan yg boleh dimandikan. Arnab akan mudah mati jika terkena air.
- Arnab boleh menghasilkan 20-40 ekor anak setahun!
- Anak arnab buta dan tidak berbulu
- Anak arnab buka mata pada hari ke 10
- Anak arnab menyusu 5 minit sehari
- Arnab haiwan senyap yang tidak berbunyi.