photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Tinja Arnab

Sistem Pencernaan Arnab 
Arnab Makan Najis ?
Tidak semua haiwan dalam Order Rodentia yang makan najis. Bahkan memakan najis bukan ciri-ciri umum haiwan dalam Order Rodentia. Arnab memang berada dibawah pengkelasan Rodentia. 
Arnab mengeluarkan 2 jenis hasil kumbuhan iaitu Cecal Pellets dan Fecal Matters.
Satu ialah 'najisnya' yang berwarna hitam iaitu Fecal Matters dan satu lagi ialah 'sisa' yang dipanggil nutrien dan dikumuhkan untuk dimakan balik iaitu Cecal Pallets. Arnab makan jenis yang kedua iaitu Cecal Pallets.Jadi arnab memang makan hasil kumuhannya tetapi bukan najisnya. Landak juga berada dalam order Rodentia. Arnab halal dimakan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jangan lah salah sangka kumuhan  yang dimakan oleh arnab itu dikenali sebagai Cecotropes atau cecal. Cecal dihasilkan sendiri oleh sistem semulajadi arnab, dan biasanya dimakan terus oleh arnab sebaik sahaja dikeluarkan dari “OVEN”  semulajadinya. Cecal yang dimakan oleh arnab ini mengandungi bakteria baik dan juga khasiat dan diperlukan oleh arnab untuk memenuhi nutrien pemakanannya dan juga membunuh kuman jahat didalam usus.



Baja Kompos.
Baja kompos najis arnab sebenarnya lebih baik berbanding dengan baja organic yang lain kerana ia mempunyai bahan organik yang tinggi untuk menyuburkan dan membantu memulihkan tanah. Kandungan nitrogen yang tinggi didalam najis arnab membantu pembiakan cacing tanah, dan sekaligus dapat mewujudkan fertilizer semulajadi.
Walaupun ramai diantara kita masih menggunakan baja sentetik fertilizer kerana kekurangan pengetahuan dan sumber untuk mendapatkan baja fertilizer semulajadi secara murah dan berterusan.

Kebanyakkan perbezaan ini disebabkan kandungan nitrogen, asid phosphoric dan potassium yang terdapat didalam baja sentetik agak tinggi berbanding baja organik. Dan ini sekaligus meletakkan perbandingan yang salah diantara baja sintetik dengan najis binatang yang lain. Ini kerana baja sentetik tidak dapat memulihkan tanah secara berterusan dan mempunyai kesan persekitaran.

Baja kompos najis binatang mempunyai konsep yang sama seperti makanan yang kita makan untuk meningkatkan kesihatan, tanah memerlukan bahan tambahan organic seperti najis binatang untuk dihuraikan atau menghancurkanya kepada humus.
Dan humus inilah yang memberikan tanah kelembapan dan memberikan nutrisi tambahan kepada tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran.

Jadi kesimpulanya disini,kami menyarankan kepada penternak – penternak arnab cuba melakukan sendiri kaedah fertilizer menggunakan najis arnab. 
Habuk Kayu Getah.
Habuk kayu digunakan untuk menyerap air kencing arnab supaya tidak bertakung dan menyebabkan pencemaran bau, sangat sesuai bagi mereka yang memelihara arnab dalam kawasan rumah. Aroma semulajadi dari habuk kayu dapat mewujudkan persekitaran yang lebih mesra alam dan natural kepada arnab kesayangan dan memberi keselesaan kepada si pemilik. Jika anda terpaksa meninggalkan rumah, habuk kayu yang diletak dalam tray sangkar dapat bertahan sehingga 7 hari (berdasarkan pecubaan yang telah dibuat). Proses membersihkan tray juga menjadi lebih cepat dan mudah. Paling penting, dapat mengelak dari ketidakselesaan sesama jiran.

Najis Fecal 



Cuci Kandang


Chat Kat Sini