photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Penyakit-Penyakit Arnab

1. DENTAL MALOCCLUSION

Definasi: Kerosakan gigi

Punca-punca:
- Suka gigit sangkar
- Pertumbuhan abnormal

Kesan:
Arnab kurus sebab sukar makan

Rawatan:
- Gigi dipotong tetapi selalunya berulang (sebab gigi tu tajam pada sudut dalam atau luar gigi geraham bawah. Ini boleh menyebabkan kecederaan kepada lidah arnab, boleh jika serius boleh memotong lidah. Bagi kes gigi geraham atas ia boleh mencederakan  dalam  pipi dan menyebabkan bengkak bernanah)

- Asingkan arnab bermasalah

2. KURAP


penyakit kurap ini ialah penyakit yg kita tidak boleh elakan terjadi buat arnab kita dan juga haiwan belaan lain,yg kita hanya mampu lakukan ialah sekadar mencegah dan mengubat sahaja,penyakit ini terjadi biasanya kerana percampuran arnab yg sehat dan juga arnab yg telah pun terkena penyakit ini atau mempunyai hama didalam kulit mereka,jadi bila bersentuh antara bulu,maka bermulalah bakteria ini akan membuat sarang mereka ddalam kulit arnab anda,punca lain ialah seperti kawasan reban yg lembab,hama bawaan kucing,anjing,burung ( paling bahaya ) dan juga kawasan tanah yg lembab,secara amnya kuman ini ada ditanah..jadi antibodi arnab nada juga amat penting untuk menentukan lambat atau cepat mereka melawan akan pertumbuhan hama itu didalam kulit arnab

3. ULCERATIVE PODODERMATITIS

Deifnasi: Sakit pergelangan kaki


Punca-punca:
Akibat tekanan berat badan, lantai sangkar kasar

Rawatan:
- Alas lantai
- Biak baka sederhana berat
- Jaga kebersihan lantai
- Iodine untuk sapuan


4. HEAT EXHAUSTION

Definasi: Pengudaraan yang buruk sehingga boleh menyebabkan kematian

Pencegahan:
- Pengudaraan yang baik sewaktu dalam perjalanan, binaan bangunan dan bekalan air bersih
- Stok ternakan yang disimpan rapi agar tidak berbau

5. HAIR CHEWING DAN HAIRBALLS

Definasi: Gumpalan bulu tersekat dalam perut

Kesan:
Arnab jadi anorexia, kurus dan mati dalam 3 – 4 minggu kemudian

Rawatan:
- Cegah dengan beri makanan berfiber
- Tambah magnesium

6. CANNIBALISM

Definasi: Ibu makan anak di sarang

Punca-punca:
Akibat gangguan @ kurang makanan

Pencegahan:
Asingkan ibu yang bermasalah


7. MOIST DERMATITIS 


Definasi: Kulit basah ketika minum

Punca-punca:
Mungkin kerana paip tidak sempurna, masalah gigi, sangkar kotor

Rawatan:
- Gunting bulu
- Guna antiseptic powder
- Beri antibiotik bagi kes teruk

8. COCCIDIOSIS

 

Definasi: Parasit Pada Arnab

Punca-punca:
- Eimeria stiedae (hepatic)
- Eimeria magma, E. irresidua (usus)

Simptom-simptom:
- diarrhea (cirit birit). Sebab tu kena asingkan cepat arnab yang cirit birit.
- jika teruk boleh menyebabkan vomiting (muntah)
- hilang selera makan
- dehydration (penyahhidratan / hilang air dalam badan)
- biasanya terjadi kepada arnab bawah usia 6 bulan

Kesan-kesan:
- yang sembuh jadi pembawa
- Jangkitan secara oral (pencemaran). Jadi asingkan sebolehnya yang dah sembuh pun.
- Rawatan guna Coccidiostat dan disinfektan

Chat Kat Sini