photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Tuesday 31 July 2012

Final Layout New Bunny Barn

Selepas beberapa perbincangan dan kajian, pembinaan bunny barn baru dipersetujui. Lengkap dengan sistem air berpusat, sistem makanan auto, ciri keselamatan dan kapasiti 100 doe (induk betina) dan 10 buck (induk jantan). Perbincangan akhir ke arah pengeluaran baka pedaging dengan aturan 200 anakan sebulan. Baka hiasan dan bulu akan dikekalkan di barn yang pertama.

Floor Plan






Central Water Feeder

Auto Pallet Feeder 



Steel Cage

Saturday 28 July 2012

Alfalfa & Timothy Hay

Hay atau rumput kering atau jerami adalah makanan ruji arnab, Ia tidak perlu makan hay setiap hari, memadai diberikan bersama-sama pallet sebagai makanan tambahan untuk dimakan pada waktu siang. Ia berkesan untuk menguatkan gigi, sistem penghadaman, menghindari obesiti dan juga mengurangkan tekanan (stress) kepada arnab. Batang-batang hay boleh juga diberikan kepada arnab mengandung untuk dijadikan sarang didalam kotak beranak yang disediakan.

Terdapat pelbagai kegunaan hay contohnya timothy diberi kepada arnab yang mengalami cirit-birit. Alfalfa contohnya sesuai untuk anak-anak arnab.

Antara jenis-jenis hay adalah seperti berikut :
 Alfalfa
 Timothy
 Botanical
 Oat
 Orchid

Saturday 21 July 2012

Ibu Induk Muda

Induk muda pada kebiasannya agak sukar untuk menyusukan anak. Bantuan diperlukan untuk proses penyusuan. Kebiasaanya ibu dan anak diletakkan di tempat yang tinggi bagi proses berkenaan kerana arnab takut kepada ketinggian. Anak-anak akan diletak berasingan kerana ibu muda berkemungkinan boleh menyebabkan kematian kepada anak-anak. Setelah 2 - 3 kali beranak barulah proses penyusuan normal akan terjadi.


Kelahiran Baru Daripada Beberapa Induk

BARU LAHIR
Kelahiran anak-anak baru daripada beberapa induk pada minggu ini . 







Keperluan Penjagaan Di Rumah

Untuk peliharaan di rumah sebagai pets, keperluan makanan, ubatan dan bedding adalah penting bagi menjamin kesihatan arnab peliharaan.

 Ubat Kutu/Kurap , Ubat Cirit & Vitamin
 Alfalfa Hay
Serbuk Kayu Sebagai Bedding

Monday 16 July 2012

Contoh Nama Untuk Arnab Anda


Makanan :Oreo, Biscuit, Cookie, Caramel, Cornflake, Snickers, Salty, Pepper, Olive, Brandy, Brownie, OJ (Orange Juice), Butter, Pancake, Toffee, Twinkie, Ginger, Peanut, Chocolate, Honey, Coco, Pudding, Cappuccino, Marmalade, Muffin

Bintang :
Orion, Pluto, Mars, Venus, Jupiter, Gemini, Neptune


Bunga : 
Daisy, Lily, Poppy, Sweet Pea, Jasmine, Rose, Buttercup, Petunia, Dahlia, Ivy, Pansy, Blossom.

Lain-Lain : 
Snuffles, Fluffy, Snuggle, Munchkin, Snuggle Bun, Pixie, Smudge, Cuddles, Baby, Snowflake, Mittens, Fluffy Wabbit, Boots and Squeakle.

Warna :
Blue, Red, White, Pinky, Brownie, Black, Orange etc.

Seeloknya hindari daripada memberi nama seperti manusia.

Thursday 12 July 2012

Anakan Baka Kampung

SEMUA TELAH DIJUAL
 


Napier India







Napier India adalah dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan. Peratus kandungan protein pada daun dan batang Napier India  ialah 20.3%. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru. 

Mengandungi serat protein yang baik untuk arnab. Diberi secara segar.







Tuesday 3 July 2012

Ubat-Ubatan Untuk Arnab

Ubat Kurap (Oral)



Ubat Kurap (Inject)



Ubat Cirit-Birit
Multi Vitamin
 





Chat Kat Sini