photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Saturday 30 June 2012

Arnab Dutch


Sumber : http://www.verlannahill.com

SEJARAH ARNAB DUTCH
Dikatakan bahawa Arnab Dutch berasal dari Belanda sekitar tahun 1850 atau juga dikenali dengan nama Hollander Rabbit. Baka ini juga mula berkembang biak di England pada tahun 1864 di mana populariti baka ini kian dikenali umum, maka kesannya berlaku pengeksportan ke seluruh dunia. Arnab dutch adalah salah satu baka arnab domestik tertua yang dikenali umum. Baka ini juga dianggap sebagai arnab yang fancy kerana tanda-tanda khas pada arnab jenis ini.


BENTUK FIZIKAL ARNAB DUTCH
Mempunyai telinga yang tegak dan kaki belakang yang kuat serta lebih panjang dari kaki depan. Arnab dutch selalunya berwarna putih dengan penambahan warna dasar yang lain. Mereka adalah salah satu arnab yang popular kerana diternak/dibela sebagai binatang kesayangan. Secara puratanya arnab dutch dewasa akan mempunyai berat antara 4 hingga 5 ½ kilogram dengan jangka hayat hidup selama 5 hingga 8 tahun. Namun jangka hayat arnab dutch boleh ditingkatkan dengan proses kembiri (neutered / spayed). Mengikut rekod jangka hayat arnab dutch yang tertua penah dicatatkan ialah 15 tahun.

STANDARD KESEMPURNAAN
Setiap 5 tahun jawatankuasa standard ARBA dan lembaga pengarah akan menerbitkan apa yang dipanggil sebagai Standard of Prefection untuk setiap baka arnab yang diiktiraf. Panduan ini menyediakan satu piawaian yang diguna pakai oleh hakim dan penternak sama untuk pertandingan atau menilai kualiti arnab tersebut untuk pembiakan. Arnab Dutch boleh dikenali dengan tanda-tanda berikut:

KEPELBAGAIAN
American Rabbit Breeder Association, (ARBA), mengakui terdapat 6 jenis kelainan warna khas untuk arnab dutch iaitu Black, Blue, Chocolate, Gray, Steel, dan Tortoise. 



Namun begitu terdapat juga warna-warna yang lain yang dibiakan seperti berikut:

     
KEPALA
Kepala arnab Dutch haruslah bulat dan penuh, tidak berbentuk seperti buah pir, dengan leher yang pendek serta kedudukan kepala berhampiran dengan bahu. Secara idealnya tidak lebih dari satu setengah lebar hujung jari dari indeks dan satu jari tengah harus muat antara kepala dan awal bahu pada arnab yang berusia 6 bulan ke atas.


TELINGA
Telinga harus kekar (stocky), berbulu dengan baik, berkedudukan tegak serta seimbang dengan ukuran kepala dan tubuh badan arnab tersebut.


MATA
Mata harus terang dan jelas, bebas dari bintik-bintik atau perubahan warna di iris. Warna iris haruslah sama di kedua-dua mata dan mesti sepadan dengan warna arnab tersebut. Misalnya arnab dutch Hitam, Coklat, Gray, Steel, atau Tortoise harus memiliki warna mata coklat gelap. Manakala arnab dutch biru (blue mesti mempunyai warna mata biru abu-abu (blue gray).
 

KAKI
Kaki haruslah lurus dan panjang yang tepat dan saiz kaki sesuai untuk menyeimbangkan tubuh arnab. Kuku kaki haruslah berwarna putih di semua jari. Kuku yang berwarna selain putih adalah tidak layak diiktiraf sebagai baka arnab dutch.


BULU
Bulu haruslah pendek dan padat, malah sekiranya dibelai bulu ke arah kepala maka ketika itu  bulu arnab dutch harus terbang kembali ke kedudukan lazimnya dan bulunya yang halus menutupi ke seluruh tubuh arnab.      

The Lionheads











Baka Kampung NHE RABBITRY










Monday 25 June 2012

Mini Rex NHE RABBITRY

3 ekor mini rex berusia 3 minggu. 1 ekor jantan dan 2 ekor betina.

BUCK

DOE

DOE

Sunday 24 June 2012

Gambaran Arnab NHE RABBITRY

Saturday 23 June 2012

Memotong Kuku Arnab

Cara memotong dengan mudah tanpa membahayakan arnab dan tuannnya. Sedia maklum bahawa setiap binatang pasti akan meronta walupun manusia bertujuan baik.

Thanks for the picture from JP Rabbitry

Berikut adalah caranya :

  • Letak kain dibawah dan arnab anda datas kain seperti posisi dibawah. Kemudian selimutkannya. Pastikan semua kaki dan tangan berada didalam selimut.


  • Selimutkan arnab tersebut seperti menyelimuti bayi. Ini akan membataskan pergerakan arnab yang agak aggresif agar memudahkan kerja. Kepitkan dengan kaki seperti gambar dibawah.
  • Kemudian keluarkan 1 tangan dahulu untuk dipotong kuku. Selesai yang pertama keluarkan tangan ke 2 dan masukkan balik tangan pertama dalam selimut. Jangan keluarkan tangan serentak. Gunakan pemotong yang sesuai. Boleh didapati di kedai haiwan peliharaan. Berbentuk seperti 'cutter'.
  • Selesai memotong kuku tangan ke 2, barulah keluarkan kaki 1 dan ulang pada kaki ke 2 sehingga selesai.
  • Posisi seperti ini akan memudahkan kerja. 
  • Selesai semua...buka selimut balik. Jangan lupa pula ya.

NHE Rabbitry




TB dan Mix Berposing




Baka Chicilla + Flemish Giant

Petang tadi baru sampai. Jenis pedaging. Usia 3.5 bulan. Berat daaaaa.

Buck
 Doe
 Doe

Friday 22 June 2012

Aktiviti Rutin Cuci Kandang

Cuci kandang terutama najis dibawah kandang akan mengekalkan kebersihan selain menghindari bau kurang menyenangkan. Najis @ tinja arnab adalah kering dan tidaklah berbau seperti ayam dan puyuh tetapi disebabkan arnab selalu kencing maka bau kencing bercampur dengan najis akan berbau. Namun jika keadaan dijalankan secara rutin maka kesan bau tidak ketara dan adakalanya langsung tidak memberi bau yang kuat. Kalau kuantiti terlalu banyak disyorkan mengguna cecair EM4 untuk kurangkan bau. Najis arnab sangat sesuai dibuat sebagai baja kompos.

Najis berbentuk fecal.


 Pastikan kandang selalu dicuci.


Malam Di NHE RABBITRY

Sunyi sepi, arnab pun tak bersuara keh keh keh...tak pernah pulak dengar suara arnab ...


Tuesday 19 June 2012

Induk - Induk NHE RABBITRY

TEDDY BEAR (DOE)
LOPEAR
LIONHEAD
KAMPUNG
TEDDY BEAR (BUCK)

Chat Kat Sini