photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Saturday 23 June 2012

Memotong Kuku Arnab

Cara memotong dengan mudah tanpa membahayakan arnab dan tuannnya. Sedia maklum bahawa setiap binatang pasti akan meronta walupun manusia bertujuan baik.

Thanks for the picture from JP Rabbitry

Berikut adalah caranya :

  • Letak kain dibawah dan arnab anda datas kain seperti posisi dibawah. Kemudian selimutkannya. Pastikan semua kaki dan tangan berada didalam selimut.


  • Selimutkan arnab tersebut seperti menyelimuti bayi. Ini akan membataskan pergerakan arnab yang agak aggresif agar memudahkan kerja. Kepitkan dengan kaki seperti gambar dibawah.
  • Kemudian keluarkan 1 tangan dahulu untuk dipotong kuku. Selesai yang pertama keluarkan tangan ke 2 dan masukkan balik tangan pertama dalam selimut. Jangan keluarkan tangan serentak. Gunakan pemotong yang sesuai. Boleh didapati di kedai haiwan peliharaan. Berbentuk seperti 'cutter'.
  • Selesai memotong kuku tangan ke 2, barulah keluarkan kaki 1 dan ulang pada kaki ke 2 sehingga selesai.
  • Posisi seperti ini akan memudahkan kerja. 
  • Selesai semua...buka selimut balik. Jangan lupa pula ya.

Chat Kat Sini