photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Saturday 1 December 2012

Mengenal Jantina Arnab

Jantina arnab terbahagi kepada 2 iaitu :

i)  Doe (Betina)
ii) Buck (Jantan)

Pada usia muda seawal 2 ke 3 minggu amat sukar untuk mengenali jantina jika tidak mengenali perbezaannya. Apabila sudah melangkah 2 ke 3 bulan keatas (junior) kita dapat melihat secara jelas jantina dan apabila berusia 5 ke 6 bulan dapat dilihat secara ketara melalui testical (telur) pada baka jantan (buck).

Secara amnya kedua - dua jantina hampir sama ketika waktu usia amat muda. Kadang-kadang penternak yang mempunyai banyak anak pun terkeliru. Dibawah ialah rajah untuk mengenal perbezaan jantina.


Keduanya mempunyai dubur dibahagian bawah hampir rapat dengan alat kelamin. Perbezaan dilihat ketika menekan bahagian atas dan bawah kawasan kelamin. Betina akan menampakkan lubang berbentuk seperti U dan jantan alat kelamin akan terbonjol sedikit keluar berbentuk O. Mari kita lihat video dibawah :



Apabila menjangkau usia junior , perbezaan makin ketara dan kedua-dua alat kelamin dapat dilihat dengan jelas :
Betina

Jantan

Apabila arnab melangkah kepada senior :
Telur  arnab jantan :

Chat Kat Sini