photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Monday 17 June 2013

Innovation = Renovation

Kandang induk perubahan dalam proses .
Akan direalisasikan secepat mungkin.













Material yang digunakan ialah dawai brc g14 (kandang) , aluminium 1"x2"x20ft (beam) dan besi (kaki).
Bagi tujuan lantai plastik slat masih dalam perancangan. Keseluruhan kerangka beam & kaki mungkin menggunakan aluminium walaupun sedikit mahal tetapi mampu bertahan lama dan sukar berkarat.
Untuk tujuan jenis kandang terbaik boleh rujuk di blog balconybunny (klik sini) yang menggunakan aluminium & plastik sebagai kerangka sepenuhnya selain  kandang.

Dawai BRC GI


Lantai Plastik

Saturday 1 June 2013

Penambahan Produk

Cadangan untuk menambah produk berasaskan arnab disamping 2 produk sediada iaitu baka dan daging. Produk ketiga ialah baja. Disebabkan banyak tinja yang telah terhasil maka baja adalah satu cara mengguna kembali keluaran arnab - arnab dikandang. Baja yang dicadangkan ialah berbentuk 'effective microorganism' atau EM secara organik atau dalam bahasa Jepun ialah Bokashi.

Objektif pengeluaran adalah mempelbagaikan produk dan mengurangkan OPEX atau kos operasi. Secara umum diketahui EM diketahui keberkesannya pada sesetengah ternakan dan hampir keseluruhan tanaman. Namun penggunaan EM sebagai minuman kepada arnab belum diberi kerana tahap pengeluaran yang mencukupi iaitu cukup dengan dedak dan tumbuhan yang membentuk prebiotik dan meningkatkan probiotik didalam sistem pencernaan arnab dan melahirkan mikrob yang mencukupi bagi membantu penghadaman.

Kaedah paling sesuai adalah penghasilan baja organik EM yang kaya dengan bakteria anerobik untuk menguraikan najis arnab bersama campuran sebagai medium tanaman sekaligus memberi peluang bagi kaedah penjimatan kos dan meningkatkan pendapatan.

Chat Kat Sini