photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Sunday 26 August 2012

Mini Rex Rabbit

Hasil keluaran NHE Rabbitry.

 Tricolor
 Castor
 Broken


Warna

Warna jenis Harlequin.




Jualan

SOLD OUT



Tuesday 7 August 2012

PVC Auto Pallet Feeder

Penyelenggaraan kandang merupakan kos penting untuk menentukan harga jualan arnab berada di tahap kompetitif. Inovasi dan kreativiti merupakan faktor penentuan kos. Antara inovasi di NHE Rabbittry ialah membuat auto pallet sendiri daripada PVC paip bersaiz 50mm yang berkos murah dan selamat untuk arnab. Anda boleh cari bahan-bahan dibawah ini di kedai hardware. Sungguh menjimatkan. Senang diselenggara dan mudah dibuat sendiri. Sila rujuk gambarajah dibawah.

Bentuk auto feeder pvc yang telah siap dicantumkan. Tidak perlu sebarang gam.

Auto pvc pallet feeder yang telah dipasang di kandang arnab.

Monday 6 August 2012

Baka Baru

Baka ini jenis New Zealand White & Broken best bloodline yang akan dibiak secara intensif untuk pedaging. Ini adalah anakan berumur 1.5 bulan yang telah mencapai berat 1.2 kilogram. Unjuran capaian adalah 1 kilogram untuk tempoh 1 bulan.


Yang ini pula baka daripada Kelantan, juga jenis pedaging.


Wednesday 1 August 2012

Khasiat Daging Arnab

Daging arnab mengandungi :
Tenaga=160kcal, 
Crude Protein=18%, 
Lemak=7.1%,
Air=71%,
Kolesterol=136mg/100gm, 
Vit, mineral & asid amino
Dalam ertikata lain daging arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi,kaya dengan vitamin B12, kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid urik yang rendah, mempunyai kandungan air  tinggi berbanding dengan ternakan lain seperti ayam , lembu atau biri-biri.

Selain itu, daging arnab juga dapat merawat & mengubati pelbagai masalah seperti berikut:
- masalah pencernaan kerana dagingnya mudah hadam.
- penyakit tekanan darah tinggi dan gout.
- penyakit demam malaria.
- penyakit asma
- masalah kencing tidak lawas (dagingnya yang dibakar)
- retak batu pada kemaluan.
- dapat mengemaskan perut yang gendut.

Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan sekiranya dimakan hempedunya oleh wanita ianya baik untuk kesuburan.
(sumber : buku Penternakan Arnab MARDI, 1995 )

Chat Kat Sini