photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Sunday 4 October 2015

Cara Membuat Dedak Arnab


Bagi mengimbangi kos penternakan, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan ialah kos pemakanan utama arnab iaitu dedak (pelet). Bagi penternakan skala sederhana dan besar adalah wajar dedak @ pelet ini disediakan sendiri oleh penternak untuk mengelakkan kos meningkat dan terputus bekalan makanan.

Cara penyediaan dedak ini telah diajarkan oleh Encik Muhamad Azhanudin melalui blog beliau iaitu RabbitVillage d'Muar. Ribuan terima kasih kerana memberi ilmu pengetahuan yang sangat bernilai ini. Semoga beliau bertambah maju dalam bidang yang diusahakan.


Berikut bahan, alat, dan cara membuatanya:

Bahan-bahan:
1.      Hampas Soya  (boleh di ganti dengan  tepung soya)
2.      Bekatul (dedak Halus – rice bran), kacang soya
3.      Tepung Jagung
4.      Mineral dan garam iodin
5.      Arang aktif
6.      Rumput kering (alfalfa, timothy,napier,rumput gajah dll jika ada)
7.     Air bersih
8.     Bahan lain yang sudah terbukti selamat untuk arnab.
9.     Boleh juga di campur dengan vitamin dan lain2 jika perlu

Peralatan yang diperlukan :
1.      Basin plastik (untuk mencampur adunan pelet)
2.      Senduk untuk mengaul
3.      Periuk kukus
4.      Dapur
5.      Penggiling ikan/daging
6.      Plastik bening
7.      Oven (jika ada, kalau cuaca panas gunakan sinar matahari untuk menjemur)
Cara Membuatnya:
1.      Campur adunan pelet berupa hampas soya yang masih hangat sebanyak 35% dengan tepung jagung  10% . Kacang soya 19%, Bekatul atau dedak halus 30% Tepung Jagung mineral + garam  iodin 5% Arang  aktif  1%  
2.     Adunan di campur rata dengan pelarut air hingga sebati  menjadi adunan pada basin plastic.
3.     Setelah sebati, kukus adunan pada dapur dengan suhu yang tinggi selama 30 minit. Warna adunan akan berubah menjadi lebih gelap.
4.     Semasa panas, cetak adunan pada alat penggilingan daging sehingga akan membentuk adunan memanjang. 

5.     keringkan adunan dengan oven, jika tidak ada boleh di jemur hingga benar-benar kering.

Perbezaan Kandungan Pelet Mengikut Kategori Arnab :

A.  Pelet Tanpa Rumput

Hampas Soya 50%
Bekatul (rice bran) 40%
Tepung jagung giling 9%
Mineral ( garam iodin ) 0.5%
Arang aktif (arang tempurung kelapa) 0.5%

B.  Pelet Dengan Rumput

Hampas Kelapa 9%
Bekatul (rice bran)50%
Tepung jagung giling 10%
Hampas Soya 20%
Rumput kering 10%
Premix 0.5%
Arang aktif (arang tempurung kelapa ) 0.5%

1. Arnab yg sedang membesar

Jagung Giling 62.5%
Hampas Soya 15%
Dedak Halus 20%
Tepung Tulang 1%
Garam 1.5%

2. Penggemukan (Arnab Pedaging)

Jagung Giling 42%
Hampas Soya 25%
Dedak Halus 30%
Tepung Tulang 1.5%
Garam 1.5%

3. Induk Produktif

Jagung Giling 52%
Hampas Soya 12.5%
Dedak Halus 22.5%
Tepung Tulang 1.5%
Garam 1.5%

Chat Kat Sini