photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Fakta Menarik Arnab

Bahagian anggota arnab

Arnab merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam  Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.
Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari bahasa Arab, iaitu arnab (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab". Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972. Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.

Fakta-Fakta : 

  1. Nama saintifik arnab ialah : Oryctolagus spp.
  2. Susur-Galur(Pedigree) Arnab ialah: dari jenis haiwan Filum Chordata dalam kelas mamalia dalam susunan     Lagomorpha
  3. Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan- jadi berpuasa sebelum apa apa rawatan adalah tidak perlu
  4. Arnab tidak berpeluh. Arnab hanya berpeluh di satu bahagian sahaja iaitu tapak kaki.
  5. Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga
  6. Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk
  7. Arnab mempunyai 28 btg gigi yg sentiasa tumbuh
  8. Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA
  9. Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku  - 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan
  10. Terdapat 5 warna mata yang dilulusakan oleh ARBA – Pink , Marble, Blue,Blue-Grey and Brown
  11. Arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh. Aktif terutama 6 - 7 petang.
  12. Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang
  13. Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19tahun pada masa ia mati
  14. Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds
  15. Terdapat 150 jenis warna arnab.
  16. Arnab mempunyai 3 deria bau: dubur, dagu dan hidung.
  17. Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya
  18. Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya
  19. Arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung  janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama
  20. Arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.
  21. Arnab bukan jenis haiwan yg boleh dimandikan. Arnab akan mudah mati jika terkena air.
  22. Arnab boleh menghasilkan 20-40 ekor anak setahun!
  23. Anak arnab buta dan tidak berbulu
  24. Anak arnab buka mata pada hari ke 10
  25. Anak arnab menyusu 5 minit sehari
  26. Arnab haiwan senyap yang tidak berbunyi.

Chat Kat Sini