photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Friday 26 October 2012

Cute - Cute Lionheads & Kampung Boys






Kandang Testing

Memiliki kandang berlantaikan dawai ada kalanya mengundang masalah sore hock atau kaki arnab pecah & sakit untuk baka bersaiz besar seperti NZW & Chincilla. Kandang test menggunakan lantai buluh dan berdinding wire mesh brc saiz 8 ( 2inci x 1 inci ) cuba dibuat sendiri. Wire mesh welded brc saiz 8 tahan karat boleh dibeli di kedai hardware. Datang dalam bentuk kepingan dan bukan gulung kerana saiz yang tebal. Buluh boleh ambil kat hutan. Platform kayu saiz 2 x 1 inci digunakan untuk dibuat tapak. Kos keseluruhan untuk 10 kandang siap dibina sendiri dengan saiz setiap kandang 2kaki x 2kaki ialah RM190.00.

Ini pokok buluh duri
 Sebatang buluh yang ditebang
 Dikerat sepanjang 4 kaki setiap satu
 Dibelah hampir 1 inci dan diraut
 Ini mesh wire brc saiz 8 2x1 inci
 Buluh dipaku atas platform kayu dan mesh wire digunakan sebagai dinding dan sesekat
 Pandangan atas kandang 2' x 2' setiap satu diikiat menggunakan cable tie
 Siap , hanya menunggu penutup juga menggunakan brc mesh wire utk diikat sebagai pintu


Saturday 20 October 2012

Arnab Dan Bonsai

Best lak tengok comel-comel nih melepak kat bawah bonsai. Tapi tak boleh lama sangat nanti dipanjat habis daun bonsai. Botak la jadinya hahaha...



Pembinaan Bunny Barn Baharu

Sedang didalam proses pembersihan tapak. Bahan-bahan binaan sudah berada di lokasi pembinaan. Barn baru akan memuatkan 80 kandang dengan kapasiti 80 induk pelbagai spesis. Penekanan akan diberikan kepada baka pedaging.

Lokasi Pembinaan Bunny Barn Baharu

Antara bahan binaan struktur. Yang lain simpan dibawah garaj.


Bonsai

Selain arnab, NHE Rabbitry juga sedang berjinak-jinak dengan bonsai. Tetapi ia akan memakan masa yang lama, paling kurang pun 5 tahun. Jadi sedang belajarlah selok belok lintuk bonsai ni he he.

Antara bonsai yang sedang dalam proses membesar.

Jeliti
 Asam
 Asam
 Harum Malam
 Pine

 Anak-Anak Jeliti
 Cucur Atap
 Anak - Anak Harum Malam
 Bunga Kertas

 Anak-Anak Bunga Kertas


Chat Kat Sini