photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Friday 26 October 2012

Kandang Testing

Memiliki kandang berlantaikan dawai ada kalanya mengundang masalah sore hock atau kaki arnab pecah & sakit untuk baka bersaiz besar seperti NZW & Chincilla. Kandang test menggunakan lantai buluh dan berdinding wire mesh brc saiz 8 ( 2inci x 1 inci ) cuba dibuat sendiri. Wire mesh welded brc saiz 8 tahan karat boleh dibeli di kedai hardware. Datang dalam bentuk kepingan dan bukan gulung kerana saiz yang tebal. Buluh boleh ambil kat hutan. Platform kayu saiz 2 x 1 inci digunakan untuk dibuat tapak. Kos keseluruhan untuk 10 kandang siap dibina sendiri dengan saiz setiap kandang 2kaki x 2kaki ialah RM190.00.

Ini pokok buluh duri
 Sebatang buluh yang ditebang
 Dikerat sepanjang 4 kaki setiap satu
 Dibelah hampir 1 inci dan diraut
 Ini mesh wire brc saiz 8 2x1 inci
 Buluh dipaku atas platform kayu dan mesh wire digunakan sebagai dinding dan sesekat
 Pandangan atas kandang 2' x 2' setiap satu diikiat menggunakan cable tie
 Siap , hanya menunggu penutup juga menggunakan brc mesh wire utk diikat sebagai pintu


Chat Kat Sini