photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Sunday, 2 March 2014

Resepi Mini Pizza & Pan Pizza Sosej Arnab




Resepi Mini Pizza
Bahan - Bahan Doh :
500g tepung protin tinggi
100g gula kastor
5g garam
7g bread improver
10g bread softener
10g yis
60g marjerin @ shortening
1 biji telur
200gram air sejuk (peti ais)

Bahan - Bahan Topping :
20 pcs sosej arnab (ditoskan dahulu)
50g bijirin campuran
Sos cili
Mayonis
Keju yang diparut

Cara-Cara :
Masukkan kesemua bahan - bahan doh kedalam mesin bread maker
Pilih menu no 8 (uli selama 15 minit)
Keluarkan doh yang siap diuli dan rehatkan 15 minit untuk mengembang
Timbang doh setiap satu seberat 50 gram, uli bulat dan rehatkan lagi 15 minit
Setelah itu ratakan dan bentukkan seperti gambar dibawah untuk mini pizza
Letakkan bijirin campuran, sos cili, mayonis dan terakhir ialah keju.
Bakar pada suhu 150 darjah selama 10 minit
Mini pizza siap.



Resepi Pan Pizza
Bahan - Bahan Doh :
250g tepung protin tinggi
50g gula kastor
5g garam
7g bread improver
10g bread softener
10g yis
60g marjerin @ shortening
1 biji telur
200gram air sejuk (peti ais)

Bahan - Bahan Topping :
5 pcs sosej arnab dihiris
5 pcs fillet ketam dihiris
1/2 biji cabcicum dihiris
50g nenas dadu dihiris
Sos Prego
Sos cili
Mayonis
Keju yang diparut

Cara-Cara :
Masukkan kesemua bahan - bahan doh kedalam mesin bread maker
Pilih menu no 8 (uli selama 15 minit)
Keluarkan doh yang siap diuli dan rehatkan 15 minit untuk mengembang
Setelah kembang canaikan doh dalam plate/pan dan rehatkan lagi 15 minit
Setelah itu ratakan sikit bhg tengah cucuk dgn garpu pada doh
Sapukan sos Prego pada permukaan doh
Letakkan cabcicum, nenas, sosej, fillet, dan terakhir ialah keju.
Bakar pada suhu 170 darjah selama 15 minit (done) @ 20 minit (well done)
Pizza siap.

Saturday, 1 March 2014

Resepi Roti Berinti Arnab


Bahan - Bahan :
500g tepung protin tinggi
100g gula kastor
5g garam
30g susu tepung
7g bread improver
7g bread softener
8g yis
50g marjerin @ shortening
1 biji telur
240gram air sejuk (peti ais)

200g daging arnab sudah dimasak (seperti inti karipap)

Cara-Cara :
Masukkan kesemua bahan kecuali daging arnab kedalam mesin bread maker
Pilih menu no 8 (uli selama 15 minit)
Keluarkan doh yang siap diuli dan rehatkan 15 minit untuk mengembang
Timbang doh setiap satu seberat 50 gram, uli bulat dan rehatkan lagi 15 minit
Masukkan inti daging arnab yang telah dimasak kedalam doh - 10g untuk 1 doh
Setelah siap masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 150 C selama 10-15 minit
Roti siap.

Pedaging

NHE Rabbitry dalam usaha untuk pembiakan arnab jenis New Zealand White.
Sasaran utama ialah daging mentah, baka dan produk hiliran.


Buat Kandang Dari BRC Terpakai





Monday, 24 February 2014

Nest Box

Akhirnya NBOX sudah hampir direalisasi bagi memberi satu kaedah sistematik.
Nestbox berada didalam kandang. Bahan nestbox boleh digunakan samada kayu, plastik atau besi.
Bahan terbaik ialah kayu dan plastik.





Thursday, 20 February 2014

Resepi Dan Cara Membuat Sate Arnab



Bahan Utama
600 gram daging arnab tanpa tulang (boneless) dipotong dadu
Lidi sate (rendam selama 1 jam sebelum diguna kemudian toskan)

Bahan - Bahan Untuk Perap

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar ketumbar (dikisar kering)
2 sudu teh jintan manis (dikisar kering)
2 sudu teh jintan putih (dikisar kering)
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai

Bahan-Bahan Tambahan
2 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara membuat
Kisarkan (menggunakan blender) kesemua bahan-bahan untuk perap seperti diatas
Masukkan sedikit air jika terlalu melekat
Kemudian gaulkan bahan yang dikisar bersama daging arnab, garam dan gula
Tambahkan kunyit serbuk jika adunan kurang warna kuning
Perapkan semalaman didalam peti ais
Keesokannya cucuk daging dengan lidi supaya pipih & menutupi seluruh lidi
Sate siap untuk dibakar (guna arang ya)

Friday, 29 November 2013

Hari Peladang, Penternak & Nelayan 2013. Peringkat Negeri Kedah.





Thursday, 26 September 2013

Sasaran Utama 5 Tahun

Menghasilkan produk utama beserta produk hiliran melalui teknologi pemakanan moden. 



Thursday, 19 September 2013

Mendokumenkan Perjalanan Usaha

Simpanan rekod, pengalaman, jenis peralatan, teknik dan sebagainya perlu didokumenkan untuk dijadikan bahan sejarah yang akan membantu kelak dimasa hadapan. Bukanlah untuk jualan atau tujuan lain tetapi hanyalah semata-mata dokumen untuk tatapan sendiri dan mungkin membantu meningkatkan pengetahuan syarikat. Kalau tak didokumenkan segala usaha mungkin terlupa begitu sahaja hehe.




Monday, 17 June 2013

Innovation = Renovation

Kandang induk perubahan dalam proses .
Akan direalisasikan secepat mungkin.













Material yang digunakan ialah dawai brc g14 (kandang) , aluminium 1"x2"x20ft (beam) dan besi (kaki).
Bagi tujuan lantai plastik slat masih dalam perancangan. Keseluruhan kerangka beam & kaki mungkin menggunakan aluminium walaupun sedikit mahal tetapi mampu bertahan lama dan sukar berkarat.
Untuk tujuan jenis kandang terbaik boleh rujuk di blog balconybunny (klik sini) yang menggunakan aluminium & plastik sebagai kerangka sepenuhnya selain  kandang.

Dawai BRC GI


Lantai Plastik

Saturday, 1 June 2013

Penambahan Produk

Cadangan untuk menambah produk berasaskan arnab disamping 2 produk sediada iaitu baka dan daging. Produk ketiga ialah baja. Disebabkan banyak tinja yang telah terhasil maka baja adalah satu cara mengguna kembali keluaran arnab - arnab dikandang. Baja yang dicadangkan ialah berbentuk 'effective microorganism' atau EM secara organik atau dalam bahasa Jepun ialah Bokashi.

Objektif pengeluaran adalah mempelbagaikan produk dan mengurangkan OPEX atau kos operasi. Secara umum diketahui EM diketahui keberkesannya pada sesetengah ternakan dan hampir keseluruhan tanaman. Namun penggunaan EM sebagai minuman kepada arnab belum diberi kerana tahap pengeluaran yang mencukupi iaitu cukup dengan dedak dan tumbuhan yang membentuk prebiotik dan meningkatkan probiotik didalam sistem pencernaan arnab dan melahirkan mikrob yang mencukupi bagi membantu penghadaman.

Kaedah paling sesuai adalah penghasilan baja organik EM yang kaya dengan bakteria anerobik untuk menguraikan najis arnab bersama campuran sebagai medium tanaman sekaligus memberi peluang bagi kaedah penjimatan kos dan meningkatkan pendapatan.

Friday, 17 May 2013

Iklan Mudah.My

Penjualan daging telah diiklankan di Mudah.My

http://www.mudah.my/Daging+arnab-21638317.htm


Wednesday, 15 May 2013

Jualan Daging Arnab


DAGING ARNAB RM10.00 SEPEKET (+-350GRAM) UNTUK DIJUAL SEKITAR ALOR SETAR / JITRA / POKOK SENA, KEDAH.










Thursday, 4 April 2013

Sepetang Bersama Arnab
















 Teddy group

 Netherland Dwarf




 Hybrid

Hybrid Vigor

Chat Kat Sini