Memiliki kandang berlantaikan dawai ada kalanya mengundang masalah sore hock atau kaki arnab pecah & sakit untuk baka bersaiz besar seperti NZW & Chincilla. Kandang test menggunakan lantai buluh dan berdinding wire mesh brc saiz 8 ( 2inci x 1 inci ) cuba dibuat sendiri. Wire mesh welded brc saiz 8 tahan karat boleh dibeli di kedai hardware. Datang dalam bentuk kepingan dan bukan gulung kerana saiz yang tebal. Buluh boleh ambil kat hutan. Platform kayu saiz 2 x 1 inci digunakan untuk dibuat tapak. Kos keseluruhan untuk 10 kandang siap dibina sendiri dengan saiz setiap kandang 2kaki x 2kaki ialah RM190.00.
Ini pokok buluh duri
Sebatang buluh yang ditebang
Dikerat sepanjang 4 kaki setiap satu
Dibelah hampir 1 inci dan diraut
Ini mesh wire brc saiz 8 2x1 inci
Buluh dipaku atas platform kayu dan mesh wire digunakan sebagai dinding dan sesekat
Pandangan atas kandang 2' x 2' setiap satu diikiat menggunakan cable tie
Siap , hanya menunggu penutup juga menggunakan brc mesh wire utk diikat sebagai pintu