photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Tuesday, 25 December 2012

Kandang Kos Rendah

Khas untuk anak dan ibu.
Kandang bersaiz 2 kaki lebar x 10 kaki panjang dibuat dengan menggunakan bahan :
1) Kayu 2" x 1" untuk base
2) Besi atap panjang 2.5' untuk kaki
3) Dawai BRC 17 GI untuk kandang
4) Cable tie
5) Paku

Cara membuatnya boleh rujuk di sini

Kayu dan besi dilekatkan menggunakan skru dan paku untuk base.

Gulungan dawai BRC 17 GI dipotong untuk kandang.

Dawai dihubungkan menggunakan cable tie

Siap dengan penutupnya sekali.

Friday, 7 December 2012

Perkembangan Bunny Barn Baharu

Bunny barn eksperimen kedua hampir 70% siap. Sistem tangki air auto, jaring, pintu dan susunatur serta kandang tambahan masih belum siap. Sesetengah kandang telah dipindahkan dahulu untuk cucian Barn pertama yang akan mulai diguna semula pada bulan Mac 2013 untuk pembiakan baka pedaging hybrid sahaja. Siang dan malam di barn baharu :

Siang
Malam

Adoptions

Seekor lagi Teddy Bear (Doe) telah diterima daripada En. Helmi dan akan dipasangkan dengan Teddy Bear (Buck) Cik Ayuni . Tentunya hasil perkongsian ini akan dinantikan. Selain itu seekor lagi Teddy Bear (Buck) NHE04 sedang heat. Jadi diharapkan perkongsian ini menjadi.

Doe
Buck

Thursday, 6 December 2012

Musim Kelahiran Anak

Baka Teddy Bear (pure), Chincilla-Flemish, Anggora dan Kampung.





Wednesday, 5 December 2012

Bakteria Parasit

Parasit (kutu hama) yang sering mengganggu arnab terdapat berbagai jenis. 3 parasit utama ialah Psoroptes Cuniculi, Cheylitiella Parasitovorex dan Listrophorus Gibbus. Kitaran hidup ialah selama 21 hari. Jangkitan parasit akan menyebabkan penyakit kurap telinga dan badan.

Cara jangkitan :
- Semasa bayi arnab dilahirkan.
- Semasa penyusuan ibu ke anak.
- Semasa hubungan kelamin arnab jantan dan betina.
- Secara hubungan terus arnab didalam kandang yang sama.
- Semasa percampuran arnab yang telah sakit dengan arnab yang sihat.
- Secara bawaan manusia semasa memegang arnab sakit ke arnab sihat.
- Secara oral.

Kesan jangkitan :
- Arnab tidak aktif.
- Berkeruping di kawasan sensitif seperti telinga, kuku dan hidung.
- Bulu gugur terutama dibahagian atas tengkuk (kws yg sukar dicuci arnab).
- Arnab menggaru dengan kuat dan menyebabkan luka.
- Jika tidak dirawat boleh terjadi luka mendalam dan membawa maut kpd arnab.

Cara rawatan :
- Menggunakan ubat Ivermectin atau Selamectin
- Diberi suntikan 0.1 ml secara berkala selama 14 hari sekali (suntikan) - Jangan suntik arnab kecil.
- Atau Diberi secara oral 0.1 (junior), 0.3 (senior) berkala selama 14 hari sekali (Suapan)
- Atau Campuran ubat dengan minyak mineral/zaitun disapu ke tempat terjadi (kurang berkesan)
- Asingkan arnab sakit daripada arnab sihat untuk elak jangkitan.

Pemberian ubat berkala 14 hari perlu bagi memutuskan kitaran hidup parasit. Ubatan tidak membunuh telur tetapi akan membunuh larva yang menetas dalam masa 4 hari telur terjadi.
Harus diingat bahawa pengambilan berterusan ivermectin akan menyebabkan kesan juga kepada arnab dalam jangka panjang. Sebaiknya pastikan kandang sentiasa bersih dan beri makanan yang sihat.


Psoroptes Cuniculi

Cheylitiella Parasitovorex

Listrophorus Gibbus





Berkenalan Dengan Water Nipple

Dibawah ialah satu-persatu bahagian didalam dan luar water nipple yang digunakan secara individu (botol berasingan) atau secara bersambungan (disambung ke tangki). Penggunaan water nipple disarankan untuk menjimatkan air dan memudahkan kerja memberi minuman kepada arnab.





Jika air menitis , memadai dengan menukar O ring getah ini sahaja.













Water nipple dipasang secara bersambung ke tangki



Saturday, 1 December 2012

Mengenal Jantina Arnab

Jantina arnab terbahagi kepada 2 iaitu :

i)  Doe (Betina)
ii) Buck (Jantan)

Pada usia muda seawal 2 ke 3 minggu amat sukar untuk mengenali jantina jika tidak mengenali perbezaannya. Apabila sudah melangkah 2 ke 3 bulan keatas (junior) kita dapat melihat secara jelas jantina dan apabila berusia 5 ke 6 bulan dapat dilihat secara ketara melalui testical (telur) pada baka jantan (buck).

Secara amnya kedua - dua jantina hampir sama ketika waktu usia amat muda. Kadang-kadang penternak yang mempunyai banyak anak pun terkeliru. Dibawah ialah rajah untuk mengenal perbezaan jantina.


Keduanya mempunyai dubur dibahagian bawah hampir rapat dengan alat kelamin. Perbezaan dilihat ketika menekan bahagian atas dan bawah kawasan kelamin. Betina akan menampakkan lubang berbentuk seperti U dan jantan alat kelamin akan terbonjol sedikit keluar berbentuk O. Mari kita lihat video dibawah :



Apabila menjangkau usia junior , perbezaan makin ketara dan kedua-dua alat kelamin dapat dilihat dengan jelas :
Betina

Jantan

Apabila arnab melangkah kepada senior :
Telur  arnab jantan :

Chat Kat Sini