Cara jangkitan :
- Semasa bayi arnab dilahirkan.
- Semasa penyusuan ibu ke anak.
- Semasa hubungan kelamin arnab jantan dan betina.
- Secara hubungan terus arnab didalam kandang yang sama.
- Semasa percampuran arnab yang telah sakit dengan arnab yang sihat.
- Secara bawaan manusia semasa memegang arnab sakit ke arnab sihat.
- Secara oral.
Kesan jangkitan :
- Arnab tidak aktif.
- Berkeruping di kawasan sensitif seperti telinga, kuku dan hidung.
- Bulu gugur terutama dibahagian atas tengkuk (kws yg sukar dicuci arnab).
- Arnab menggaru dengan kuat dan menyebabkan luka.
- Jika tidak dirawat boleh terjadi luka mendalam dan membawa maut kpd arnab.
Cara rawatan :
- Menggunakan ubat Ivermectin atau Selamectin
- Diberi suntikan 0.1 ml secara berkala selama 14 hari sekali (suntikan) - Jangan suntik arnab kecil.
- Atau Diberi secara oral 0.1 (junior), 0.3 (senior) berkala selama 14 hari sekali (Suapan)
- Atau Campuran ubat dengan minyak mineral/zaitun disapu ke tempat terjadi (kurang berkesan)
- Asingkan arnab sakit daripada arnab sihat untuk elak jangkitan.
Pemberian ubat berkala 14 hari perlu bagi memutuskan kitaran hidup parasit. Ubatan tidak membunuh telur tetapi akan membunuh larva yang menetas dalam masa 4 hari telur terjadi.
Harus diingat bahawa pengambilan berterusan ivermectin akan menyebabkan kesan juga kepada arnab dalam jangka panjang. Sebaiknya pastikan kandang sentiasa bersih dan beri makanan yang sihat.
Psoroptes Cuniculi
Cheylitiella Parasitovorex
Listrophorus Gibbus