photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Wednesday 13 June 2012

Arnab Holland Lop


Holland Lop adalah baka terkecil didalam keluarga lop rabbit yang terdiri daripada
  • French Lop
  • English Lop
  • American Fuzzy Lop
Berdasarkan namanya “LOP” bermakna telinga yang jatuh ke sisi pipi.
Holland Lop disebut Junior dari umur 0-6 bulan dan Seniors apabila mencecah umur 7 bulan dan keatas.
Sejarah :
Baka arnab ini bermula apabila seorang pembiak baka Dutch , bernama Adriann de Cock mengkaji untuk mengacukan kualiti yang terbaik daripada 2 baka arnab yang berlainan iaitu French Lop (baka yang besar dan mempunya telinga yang jatuh) dan Netherland Dwarf, untuk menghasilan baka baru.
Pada musim sejuk 1949-50, de Cock telah mengacukan baka arnab Netherland Dwaft betina dengan French Lop jantan, dan hasilnya tidak memuaskan. Tidak berpuas hati, beliau mengambil keputusan untuk mengacukan Netherland Dwaft jantan dengan French Lop Betina, hasil nya 6 miniature lop.
Kemudian , De Cock mengacukan baka jantan English Liop dengan Netherland Dwarf betina, ia menghasikan 2 arnab bertelinga tegak dan 3 bertelinga separuh lop. Dia kemudiannya berangapan akan mendapat arnab berterlinga Lop, dan dia akan mendapat baka Holland Lop, tapi kecewa dengan penghasilan arnab diluar jangkaannya. Akhirnya, di mengacukan arnab betina dengan telinga yang separuh Lop dengan salah satu arnab jantan daripada 6 yang pertama, dan menghasilkan apa yang kita kenali pada hari ini sebagai Holland Lop.
Ciri-Ciri Holland Lop:
Holland Lop sangat popular dan digilai oleh peminat arnab, pembiak baka dan juga untuk dijadikan haiwan kesayangan. Ini adalah kerana saiznya yang kecil dan kompak menonjolkan kecomelan atau “cutenees”. Ciri ciri sebenar Holland Lop adalah badan yang padat dan bersaiz kecil , dan berat yang ideal adalah 3lb (1.4kg) ke 4 pound yang dilulusan oleh ARBA bagi arnab berkualiti Show, walaubagaimanapun berat boleh mencecah sehingga 1.8kg dan keatas.
Perlakuan :
Holland Lop diketahui sangat manja dan tidak terlalu menunjukan sikap agresif . Apabila ia berasa selesa, gembira dan sihat ia akan melakukan “binky” atau “blink” yang mana ia akan melompat tinggi diikuti dengan berlari berpusing pusing . Ini boleh jelas dilihat ketika ia dilepaskan bebas dikawasan yang luas .
Sebaliknya , jika berasa terancam , Holland lop akan menghentak kaki sebagai tanda amaran kepada arnab yang lain. Seperti baka baka lain, arnab mudah berasa takut dan terancam sekiranya berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Penjagaan :
Memandangkan ia mempunyai bulu yang agak tebal, Holland Lop hendaklah kerap.Grooming atau disikat /dirapikan sekiranya ada berminat untuk menyertai pertandingan atau ingin memastikan Holland Lop ada mempunyai bulu yang cantik dan kemas. Lebih penting adalah, oleh kerana arnab tidak boleh muntah, grooming dapat mengelakan daripada arnab tercekik “FUR BALL”. Seminggu sekali sikatlah arnab anda dengan sikat yang dikhaskan .

Sumber :   Lazzybunny.wordpress.com
Sumber :  Wikipedia

Chat Kat Sini