photo andrc_zps913e6bc3.jpg photo ARBA_zps9ac1ee5f.gif photo logosmall_zps6aee9b04.jpg photo HLRSC_zps5a6650ed.gif photo NMRRC_zpsfbd18170.gif

Friday, 28 August 2015

Pembinaan Bangsal Ke 3 NHE Rabbitry

Pelan Tapak Bangsal 20' x 60' (nts)



Tapak Cadangan





Kerja - Kerja Sedang Dijalankan :







Sunday, 16 August 2015

Bantuan Daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar




Alhamdulillah pada tahun 2015 , penternakan arnab NHE Rabbitry telah mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Veterinar Negeri Kedah. Jabatan Veterinar telah meluluskan bantuan bagi penyediaan bangsal dan sangkar ternakan arnab ketiga.

Pihak NHE Rabbitry mengucapkan berbanyak - banyak terima kasih diatas bantuan tersebut dan diharapkan kerjasama kedua-dua pihak berterusan bagi menjayakan industri penternakan arnab di Malaysia.



Tuesday, 16 December 2014

Sistem Sangkar Otomatik Dan Termoden

Jenis sangkar otomatik dan termoden di dunia.



Sunday, 7 December 2014

Effective Microorganisme - EM



Effective Microorganisma (EM) terdiri daripada 2 jenis iaitu :
EM-1                 - Effective Microb yang direhatkan dan boleh digunakan dalam tempoh hingga
                            1 tahun.

EM-2 (EMAS)  - Effective Microb EM1 dicampur molases yang diaktifkan untuk penggunaan semasa
                                 dalam tempoh aktif maksimum 30 hari.


EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario.

EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.EM adalah 'versatile produk' yang menggunakan mikroorganisma yang terdapat dalam ekosistem. Ia tidak bermaksud untuk memperkenalkan mikrob daripada Jepun atau negara lain. Ia sentiasa menggunakan mikrob setempat. Ia tidak mengandungi spesis daripada kejuruteraan genetik.Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar. Jadi, penggunaan EM akan memastikan perusahaan pertanian menjadi produktif, alam sekitar menjadi bersih dan hasil yang lebih kepada petani.

PROSES MENGAKTIFKAN EM1

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

i. EM-1
ii. Gula Merah / Molases
iii. Air Bersih ( Bebas Klorin )
iv. Tong / Botol Plastik Berpenutup

1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih

Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya.Nisbah Bancuhan a sisa kimia.
Langkah 2
Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.
Langkah 3
Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.
Langkah 4
Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.
Langkah 5
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.
Langkah 6
Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).

Nisbah campuran EMAS :

Air Bersih seperti berikut :1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.

EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.

Didalam penternakan arnab, EM boleh dicampurkan ke dalam makanan atau minuman arnab dan juga disembur pada tinja untuk mengurangkan bau dan lalat serta menguraikan tinja tersebut.

Thursday, 4 December 2014

Kedudukan Ternakan Arnab Dibawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Ingin dapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada JPV ?
Ini adalah kedudukan unit seliaan ternakan arnab (Aneka Haiwan) di JPV :

Portal Jabatan Veterinar


Monday, 8 September 2014

Musim Kelahiran

Sebahagian anak-anak arnab yang telah dilahirkan.


Friday, 29 August 2014

Melahirkan Jaringan Bekalan

Usaha berterusan bagi meminimumkan kos dan memaksimakan pengeluaran telah dilaksanakan untuk memastikan bekalan berterusan sejajar kehendak pasaran. Cara yang dipilih untuk kekal didalam bidang penternakan adalah menerapkan ilmu dan melahirkan ramai bakat-bakat yang terpendam. Usaha ini berhasil dan sedang berjalan. Berbekalkan ilmu sudah cukup kuat dan faktor kewangan akan mudah diselesaikan dengan izin Allah. Tidak akan berkurang ilmu seseorang jika dia mengajarnya kepada orang lain. Segala kepayahan pada permulaan akan disudahi dengan kesudahan yang baik. Cukup hanya balasan kegembiraan yang diterima dan tidak dihujani dengan wang ringgit.

Baru 3 penternak yang berjaya dilahirkan, mudah-mudahan banyak lagi akan menyusul. Syarat untuk berjaya ialah minat. Tanpa syarat itu kejayaan boleh dilupakan. Salah seorang penternak skala kecil yang berjaya mengorak langkah :




Bentuk kandang yang dipilih bagi meminimumkan kos ,tahan lama dan senang diselenggara.



Thursday, 7 August 2014

Selaput Tunggul

Pokok selaput tunggul atau mikania micrantha adalah makanan tambahan paling bagus untuk arnab. Ia mudah didapati di negara beriklim tropika. Pokok ini tumbuh menjalar dan batangnya berbulu. Khasiat untuk menyuburkan kesihatan arnab, kecergasan dan menggalakan peranakan arnab. Boleh diberi makan terus berbanding daun israel yang perlu dilayukan sekejap sebelum diberi kepada arnab.



Saturday, 14 June 2014

Sistem Pembiakan 5:1

Sistem manual 5:1 pembiakan arnab.





Monday, 19 May 2014

Pembuatan Kaki Sangkar & Sangkar Frameless









Thursday, 15 May 2014

Daun Pisang



Daun pisang berfungsi bagi mengelakkan penyakit cirit terutamanya & juga kurap pada arnab.

Arnab boleh diberi makan sehingga 40% daun pisang tanpa kesan negatif kepada pertumbuhan, pengambilan makanan dan fisiologi manakala kadar kemasukan sebanyak 60% mengurangkan pengambilan DM.

Kandungan Daun Pisang
Daun pisang mengandungi air kira-kira 85% dan protein 10-17% (berasaskan DM). Batang & dahan pisang mengandungi sebahagian air (92-95%) dan sangat sedikit protein (3-4,5% DM) . Daun pisang juga mengandungi sejumlah besar polifenol (sehingga 8% DM), kebanyakannya di daun, tetapi sangat sedikit tanin pekat. Kandungan serat yang tinggi, dalam 50-70% Kadar DM untuk NDF dan kira-kira 30-40% DM untuk ADF.

Kajian Pemakanan Daun Pisang Untuk Arnab
Penyediaan bekalan yang mencukupi sebagai makanan berserat untuk makanan arnab adalah sukar untuk dicapai sepanjang tahun. Dalam percubaan ( Fomunyam , 1985 ) 42 arnab diberi makan diet ini sebagai ujian (Jadual 6) yang terkandung untuk 3 kategori iaitu daun pisang dijemur kering 30% daun pisang segar , 30% serta gabungan daun pisang segar & kering 30% .Keputusan (Jadual 7 ) menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan dalam kenaikan berat arnab yang diberi makan bagi 3 kategori diet itu. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan harian adalah lebih tinggi (67.4 g / arnab) untuk arnab yang diberi makan daun segar berbanding dengan (53.8 g / arnab) bagi arnab yang diberi makan gabungan daun dan (44.6 g / arnab) bagi arnab yang diberi makan diet segar & kering. Keputusan juga menunjukkan bahawa walaupun tidak ada perbezaan dalam kos makanan , pulangan bersih ke atas kos makanan yang paling tinggi ( 35,072 FCFA ) untuk arnab diberi makan daun kering, diikuti oleh 28,879 FCFA untuk arnab diberi makan daun segar dan 20,730 FCFA untuk arnab diberi makan campuran. 

Sumber: fao.org


Sunday, 27 April 2014

Pembinaan Bangsal Arnab Ke 3

NHE Rabbitry akan memulakan pembinaan bangsal fasa ke 3 tidak lama lagi. Bahan binaan utama telah dan sedang diperolehi. Bangsal ke 3 ini akan menempatkan anak-anak bagi penggemukan (fattening) seawal umur 2 bulan keatas secara berperingkat. Kapasiti ini berupaya menampung bangsal ke 2 dengan tambahan hingga 200 ekor menjadikan keseluruhan 500 ekor pada satu masa.






Chat Kat Sini